Skip to main content

Posts

SMKANT...

begitu aku rindukan tarbiah yang diberikan olh ustaz Dzulfakor, tak lupa ustaz Bukhari, dan yang paling aku rindukan kisah dan tarbiah dari ustazah Habibah... mereka adalah insan yang telah menempuh pelbagai dugaan hidup.. dan terlalu banyak pengalaman yang telah mereka peroleh.... memang banyak benda sebenarnya yg aku blajar di SMKA... betapa beruntungnya jika aku masih dapat merasakan suasana itu lg.. agar aku sntiasa disedarkan dan diingatkan.... ='(

BAHASA ALAM

Kehijauan adalah bahasa alam, yang minta diabadikan, Tuhan Maha Pencipta, dan manusia kerdil didalam-Nya Dialah yang melukiskan mendung dan warna, Kita manusia lemas tertegun dalam sinarnya.... 

NASIHAT IMAN AL-SYAFIE

Barangsiapa ingin agar Allah membukakan hatinya atau meneranginya, maka dia harus meninggalkan pembicaraan yang tidak bermanfaat , meninggalkan dosa-dosa, menghindari perbuatan-perbuatan maksiat dan menyembunyikan amalan yang dikerjakan antara dia dan Allah. Jika dia mengerjakan hal tersebut, maka Allah akan membukakan ilmu baginya yang akan menyibukkan dia dari yang lainnya. Sesungguhnya dalam kematian terdapat perkara yang menyibukkan.” Antara pengajaran yang boleh diambil daripada nasihat Imam al-Syafie ialah : 1. Menghindari maksiat kerana maksiat merupakan hijab atau penghalang untuk mendapat ilmu. Hati yang dicemari dengan dosa tidak akan dapat menyimpan ilmu yang bermanfaat. 2. Meninggalkan percakapan atau aktiviti-aktiviti yang sia-sia. Sesungguhnya masa itu amat berharga bagi seorang pelajar. 3. Melakukan amalan-alaman sunat secara tersembunyi dan tidak diketahui oleh sesiapapun. Ini antara cara untuk ikhlas dalam beramal soleh. ...

100 HARI SEBELUM MATI

TANDA 100 HARI SEBELUM MATI!!!!! Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! BACALAH DENGAN TELITI!!! Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.Bag...

MENGAPA YAHUDI??

aku begitu kagum dan takjub dengan setiap hujjah yang dibentangkan olah Dr. Daniel Zainal Abidin. setiap hujjahnya psti dilengkapi dengan bukti yang kukuh serta berlandaskan Quran dan sunnah... oleh kerana hujjahnya berjaya menambat hati aku. jadi aku ingin sekali melampirkan kembali ilmu yang aku dapat dr penyampaian beliau. KENAPA YAHUDI, itulah tajuk yang telah dikupas dengan begitu terperinci oleh beliau. وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰ‌ۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ‌ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak...

FORUM REMAJA PERINGKAT KEBANGSAAN 2011

Penakit pisau seraut, Ambil galah batang lintabung, Seludang jadikan nyiru, Setitik jadikan laut, Sekepal jadikan gunung, Alam terbentang jadikan guru. Serangkap pantun yang begitu indah & tak sempat aku lontarkan sewaktu diarena spontan forum kebangsaan disebabkan tak cukup masa. Gambar ini hanya tinggal kenangan..disaat kami telah tiba dipuncak destisasi.Alhamdulillah setelah penat lelah kami berusaha, setelah setiap pagi kami luangkan MASA untuk latihan akhirnya kami berjaya sampai ketahap ini.Sesungguhnya kami tidak pernah kalah tetapi Allah menangguhkan kejayaan kami untuk kejayaan yang lebih gemilang.. Perjalanan kami untuk tiba ke peringkat kebangsaan sebanarnya mempunyai banyak liku.. Aku teringat kembali disaat tibanya waktu kami berangkat dari SMKA Nibong Tebal ke Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur sudah berapa kali kami sesat, tambahan pula pemandu kami adalah cikgu Mat yang sudah separuh umur dan seringkali keletihan(disebelah kiri gambar...