Skip to main content

MENGAPA YAHUDI??

aku begitu kagum dan takjub dengan setiap hujjah yang dibentangkan olah Dr. Daniel Zainal Abidin. setiap hujjahnya psti dilengkapi dengan bukti yang kukuh serta berlandaskan Quran dan sunnah... oleh kerana hujjahnya berjaya menambat hati aku. jadi aku ingin sekali melampirkan kembali ilmu yang aku dapat dr penyampaian beliau.

KENAPA YAHUDI,




itulah tajuk yang telah dikupas dengan begitu terperinci oleh beliau.

وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰ‌ۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ‌ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.
(surah Al-Baqarah:120)

ayat ini menekankan tentang Yahudi dan Nasrani. Allah menggunkan perkataan وَلَن تَرۡضَىٰ ertinya sesuatu yang tidak akan ternafi sampai bila-bila yang merujuk kepada hakikat Yahudi dan Nasrani ini tidak akan redha dengan umat Islam sehingga kita ikut agama mereka.

Yahudi dikaitkan dengan suatu ungkapan yang sering disebut di dalam Quran iaitu Bani Israil. Bani ertinya anak pinak atau keturunan manakala Israel pula merupakan salah satu nama bagi nabi Allah Yaakub.

mengikut Imam Al-Tobari diriwayatkan daripada sahabat Ibnu Abbas r.a. "Israel bermaksud Abdullah iaitu hamba Allah" suatu maksud yang sangat baik pada asalnya. sepatutnya mereka ini mengabdikan dr kpd Allah.. tetapi tidak mereka melakukan kemungkaran...

dalam ayat yang lain iaitu ayat 62 surah Al-Baqarah

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَٱلَّذِينَ هَادُواْ وَٱلنَّصَـٰرَىٰ وَٱلصَّـٰبِـِٔينَ مَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ وَعَمِلَ صَـٰلِحً۬ا فَلَهُمۡ أَجۡرُهُمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡہِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ


Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasaara (Nasrani) dan orang-orang Saabiin, sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Saabiin dalam ayat ini beerti orang-orang yang tidak mengikut apa-apa agama tetapi mereka hidup baik secara fitrah.Jika semua golongan ini beriman kepada Allah, beriman kepada hari akhirat dan beramal soleh maka mereka akan mendapat ganjaran kebaikan dari Allah. jadi jika bangsa Yahudi ini dan Nasrani ini tunduk kepada Allah tidak ada masalah, mereka orang baik kita hormati dan memuliakan mereka.

namun Yahudi dan Nasrani ini telah mengubah agama asalnya mengikut hawa nafsu mereka lantas mereka mahu kita mengikut ajaran agama yang telah mereka ubah itu.

Ulama Hamka mengatakan dalam tafsir Al-Azharnya, "orang Yahudi menganggap kelompok mereka adalah kelompok pilihan(الشعب المختار)" lantas dia tak sudi kita masuk agamanya tetapi mereka mahu kita ikut kehendak mereka.sebagai misalnya, jika Israil mengatakan mereka ingin menguasai Baitul Maqdis, mereka mahu kita redha barulah mereka akan seronok dengan kita."kamu umat islam bagos kerana bagi kami cipta Israel dari sungai Nil sehingga sungai Euphrates, kamu umat Islam bagos kerana benarkan kami kuasai Baitul Maqdis. Akhirnya apa yang akan berlaku kepada umat Islam?? sudah pastinya kita akan hancur!! justru kita kena jelas bahawa Yahudi dan Nasoro yang berperangai seperti itu ialah mereka yang mengikut hawa nafsu..

apabila kita kutuk Yahudi sebenarnya kita mengutuk agama yang pada asalnya mendapat mandat dari Allah.Yahudi pada hari ini dikaitkan dengan Nabi Musa dan Taurot yang diturunkan kepada Nabi Musa. lantas bila kita kutuk Yahudi sebenarnya kita silap.Rasulullah SAW ketika berada di Madinah, baginda sendiri tidak pernah mengutuk Yahudi malah Baginda hidup dengan baik dengan 3 qobilah Yahudi iaitu Bani Qoinuqa', Bani Quraizoh, dan Bani An.Nazir. Selepas Nabi berhijrah,baginda wujudkan Piagam Madinah.

Sebuah kitab karya Dr. Muhammad Syed Ramadhan Al-Buqi yang memperincikan tentang Piagam Madinah. salah satu daripada isi kandungannya iaitu pada fasa ke16 yang mengatakan bahawa Yahudi dari Bani Auf boleh hidup aman dengan orang Islam. mereka bebas menganut agama kepercayaan mereka. Nabi hormati mereka, berikan mereka hak, tidak mencemuh dan mencela. tapi akhirnya Yahudi ini bertindak ganas dan kejam. sebagai contoh Bani An-Nazir telah merancang hendak membunuh nabi, kerana itu mereka dihukum. perkara ini merupakan salah satu pintu masuk untuk membezakan Yahudi dengan Zionis.

terdapat sebuah buku karya Allan Hart yang agak terkenal, dengan jodol bukunya ZIONIS IS THE ENEMY OF JEWS. Ertinya golongan Zionis ini memang musuh bagi golongan Yahudi itu sendiri.kata Allan Hart golongan Zionis ini percaya bahawa merekalah golongan terbaik dan golongan terbaik ini akan memiliki tanah yang Tuhan janjikan kepada mereka iaitu termasuk Palestin. tak kiralah dengan cara apapun mereka akan mendapatkan tanah ini dan mereka mengatakan golongan selain mereka adalah golongan yang hina. inilah Zionis. lantas mereka mempunyai agenda mereka sendiri iaitu untuk memperkotak katikan orang lain, merampas tanah orang lain sebab dikatakan itu hak mereka dan bertidak zalim.itu Zionis. Yahudi tidak. mereka hanya menganut agama Allah yang diturunkan kepada para rasul sebelum ini cuma agak terpesong.dalam sejarah, Zionis ada gerakan mereka sendiri. pada 1987, ada seorang yang bernama Theodore Herzl iaitu pengasas kepada WORLD ZIONIS ORGANISATION. tujuan penubuhan ini telahpun dibukukan oleh Theodore Herzl setahun sebelum itu yang berjodol THE JESUS STATE.Mereka merasakan Tuhan telah menjanjikan tanah itu bagi mereka setelah mereka keluar dari bumi Mesir,setelah Firaun kacau bilaukan mereka dan apabila nabi Harun dan nabi Musa keluarkan mereka dari Mesir.Kemudian mereka berpindah pergi ke palestin. mereka menduduki bumi palestin tanpa meminta pendapat rakyat palestin sedikit pun.

ayat 47 dalam surah Al-Baqarah

يَـٰبَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ ٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتِىَ ٱلَّتِىٓ أَنۡعَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ وَأَنِّى فَضَّلۡتُكُمۡ عَلَى ٱلۡعَـٰلَمِينَ


 

Surah Al-Baqara

Wahai Bani Israil! Kenangkanlah nikmat-nikmatKu yang Aku telah kurniakan kepada kamu dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek-moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang-orang (yang ada pada zamannya).

dahulunya mereka ini dimuliakan tapi hanya pada zaman mereka.
Ulama Hamka dalam tafsir Al-Azhar menyatakan mengapa Allah memuliakan mereka melebihi daripada golongan lain??
mereka menerima ajaran Tauhid dari sanadnya atau keturunan nabi Ibrahim,Ishak, yaakub kemudian dari kalangan Bani Israil diutuskan begitu ramai rasul untuk menyampaikan ilmu Tauhid tentang pengabdian kepada Allah. tapi kata Hamka. kemuliaan itu bersyarat, bukan 1 anugerah secara mutlak.syaratnya mereka perlu bertauhid dengan betul, beramal soleh, berakhlak mulia, tidak sombong. tapi akhirnya sebaliknya berlaku. mereka merasakan kami ini الشعب المختار lalu perangai iblis menobrok masuk kedalam diri mereka.

dalam New York Daily News 28 Feb 1994, Rabbi Yaacov Perrin berkata, "One million Arabs are not worth a Jewish fingernail" yang bermaksud satu juta arab tidak sama pon dengan satu kuku Yahudi. kerana itu pada hari ini mereka sembelih rakyat Palestin, mereka sembelih umat Islam tanpa rasa bersalah kerana Ulama mereka telah berkata demikian dan menyarankan pembunuhan.Hal ini diransang oleh kitab Talmud yang menjadi pegangan mereka.dalam kitab ini ada satu ayat yang mengatakan("Even the best of the gentiles should all be killed") yang bermaksud yang terbaik dikalangan bukan Yahudi harus dibunuh!!! "because we are the best nation" sebab kami adalah golongan yang terbaik. inilah yang menyebabkan mereka dikutuk oleh Allah.

Yahudi pada asalnya mempercayai kitab Tauroh, kitab yang benar tetapi mereka percaya bahawa Nabi Musa mendapat 1 lagi wahyu iaitu the oral Tauroh, Tauroh yang tidak ditulis lalu disampaikan oleh Nabi Musa kepada golongan tertentu. kemudian setelah beberapa tahun barulah Tauroh lisan itu ditulis dan dinamakan Talmud. kitab Talmud ini ditambah pentafsirannya oleh Rabbi-rabbi yahudi sehingga banyak tokok tambah yang menyeleweng.hari ini Talmud lebih dipegangi dari Tauroh terutama oleh golongan-golongan mungkar yang menyeleweng ini.

Jika diperhatikan didalam Al-Quran, Allah telah menganugerahkan kelebihan kepada kaum ini lebih dari kaum yang lain, namun sayangnya mereka lansong tidak mensyukuri nikmat Allah. sebagai contoh, ketika mereka keluar dari bumi Mesir, Allah telah sesatkan mereka di padang pasir yang tandus dan gersang selama 40 tahun kerana Allah begitu murka kepada mereka dengan kerosakan-kerosakan yang telah mereka lakukan di muka bumi ini.walaupun Allah murka tetapi Allah masih sayangkan mereka, Allah kurniakan awan utuk menaungi mereka dari panas terik. kemudia Allah turunkan pula kepada mereka manna dan salwa sebagai bekalan utuk mereka.
dalam ayat 57 surah Al-Baqarah Allah berfirman

وَظَلَّلۡنَا عَلَيۡڪُمُ ٱلۡغَمَامَ وَأَنزَلۡنَا عَلَيۡكُمُ ٱلۡمَنَّ وَٱلسَّلۡوَىٰ‌ۖ كُلُواْ مِن طَيِّبَـٰتِ مَا رَزَقۡنَـٰكُمۡ‌ۖ وَمَا ظَلَمُونَا وَلَـٰكِن كَانُوٓاْ أَنفُسَهُمۡ يَظۡلِمُونَ


Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Manna" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri.

ulama menerangkan manna dalam ayat ini adalah manisan dari syurga yang diturunkan dari langit lalu tersangkut di pokok. manakala salwa pula diibaratkan seperti burung puyuh yang mengandungi banyak proten dan karbohidrat.namun kaum bani Israil ini tetap inkar dan tidak mahu menyembah Allah sebaliknya mereka menyembah sapi betina yang diperbuat dari emas sebagai Tuhan mereka.

dalam ayat 65 surah Al-Baqarah Allah menerangkan pula mengenai hari sabtu sepertimana firmanNya...

وَلَقَدۡ عَلِمۡتُمُ ٱلَّذِينَ ٱعۡتَدَوۡاْ مِنكُمۡ فِى ٱلسَّبۡتِ فَقُلۡنَا لَهُمۡ كُونُواْ قِرَدَةً خَـٰسِـِٔينَ


Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".

ulama telah mengisahkan tentang peristiwa hari sabtu. terdapat sebuah kampung yang dinamakan sebagai kampung Ailah, penduduk di kampung ini bekerja sebagai nelayan. jadi apabila Allah memerintahkan hari sabtu sebagai hari ibadat sepenuhnya tanpa boleh mengerjakan sebarang perniagaan, merka mula memutarbelitkan keadaan dengan cara mereka memasang pukat pada hari Jumaat. pada hari Sabtu mereka beribadah tetapi sebenarnya kerja mereka masih tetap berjalan. ikan-ikan yang tersangkut di pukat pada hari sabtu akan ditarik pada hari ahad. begitulah liciknya Bani Israil memutarbelitkan perintah Allah.

Bani Israil ini merupakan satu keturunan yang pada asalnya Allah muliakan mereka tetapi pada akhirnya Allah jadikan mereka golongan yag hina sehina-hinanya. Apa sebabnya??
1)mereka kufur pada Allah.
2)mereka bunuh para Rasul dan para Nabi tanpa sebab yang kukuh
3)mereka bergelumang dengan maksiat
kerana itulah Allah sangat murka dengan golongan ini.

bicara tentang freemason..tahukah kita apa itu freemason?? freemason ini berasal dari perkataan mason yang bermaksub tukang batu. sebanarnya golongan ini mempunyai acuan yang memandu arah mereka iaitu yang dipanggail kabbalah atau kabbalism. kabbalah ini asalnya dari golongan Yahudi yang melampaui batas. mengikut kajian,mereka ini ingin mengamalkan setanism iaitu sembah syaitan dan juga okultism percaya kepada benda-benda ghaib. akhirnya syaitan ini yang mereka sembah. kata mereka penyembahan syaitan merupakan ligation of god yang bermaksud Tuhan diketepikan. mereka juga merupakan satu gerakan sulit yang ingin menguasai dunia dalam konteks untuk menegakkan kekufuran maka tak peliklah, caranya mudah, mereka rosakkan minda manusia dengan hiburan yang melampau, seks bebas dan perkara ini telahpun menular di negara kita, remaja kita hanya asyik menyanyi dan menari tapi tiada pula mengaji dan mengkaji. apa nak jadi?? hiburan tak henti-henti.jadi minda kita sudahpun diracuni oleh golongan ini.

oleh itu pada hari ini kita kena sedar siapa kita. mereka telah memiliki jati diri yang melampau untuk rosakkan kita. kita juga harus kembali berjati diri dengan acuan kita sendiri iaitu Al-Quran dan Sunnah.

kita lihat para sahabat,ketika Islam baru bermula,bukan ramai pengikutnya, tapi jati diri mereka hebat. sperti kisah Jaa'far ketika pergi ke habsyah, apabila Raja masuk kedalam istana semua orang sujud kecuali mereka sehingga rakyat raja ini mengadu kepada raja kenapa mereka tidak sujud. lalu Jaa'far berkat "kami tidak sujud kepada sesiapapun melainkan Allah" begitulah hebatnya jati diri umat Islam ketika itu..
adakah kita mampu untuk memiliki jati diri seperti itu??
Insyaallah....

sekian saja ilmu yang dapat aku coretkan di blog ini...

Comments

Popular posts from this blog

BAHASA ALAM

Kehijauan adalah bahasa alam, yang minta diabadikan, Tuhan Maha Pencipta, dan manusia kerdil didalam-Nya Dialah yang melukiskan mendung dan warna, Kita manusia lemas tertegun dalam sinarnya.... 

FORUM REMAJA PERINGKAT KEBANGSAAN 2011

Penakit pisau seraut, Ambil galah batang lintabung, Seludang jadikan nyiru, Setitik jadikan laut, Sekepal jadikan gunung, Alam terbentang jadikan guru. Serangkap pantun yang begitu indah & tak sempat aku lontarkan sewaktu diarena spontan forum kebangsaan disebabkan tak cukup masa. Gambar ini hanya tinggal kenangan..disaat kami telah tiba dipuncak destisasi.Alhamdulillah setelah penat lelah kami berusaha, setelah setiap pagi kami luangkan MASA untuk latihan akhirnya kami berjaya sampai ketahap ini.Sesungguhnya kami tidak pernah kalah tetapi Allah menangguhkan kejayaan kami untuk kejayaan yang lebih gemilang.. Perjalanan kami untuk tiba ke peringkat kebangsaan sebanarnya mempunyai banyak liku.. Aku teringat kembali disaat tibanya waktu kami berangkat dari SMKA Nibong Tebal ke Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur sudah berapa kali kami sesat, tambahan pula pemandu kami adalah cikgu Mat yang sudah separuh umur dan seringkali keletihan(disebelah kiri gambar

SMKANT...

begitu aku rindukan tarbiah yang diberikan olh ustaz Dzulfakor, tak lupa ustaz Bukhari, dan yang paling aku rindukan kisah dan tarbiah dari ustazah Habibah... mereka adalah insan yang telah menempuh pelbagai dugaan hidup.. dan terlalu banyak pengalaman yang telah mereka peroleh.... memang banyak benda sebenarnya yg aku blajar di SMKA... betapa beruntungnya jika aku masih dapat merasakan suasana itu lg.. agar aku sntiasa disedarkan dan diingatkan.... ='(