Skip to main content

NASIHAT IMAN AL-SYAFIE

Barangsiapa ingin agar Allah membukakan hatinya atau meneranginya, maka dia harus meninggalkan pembicaraan yang tidak bermanfaat, meninggalkan dosa-dosa, menghindari perbuatan-perbuatan maksiat dan menyembunyikan amalan yang dikerjakan antara dia dan Allah. Jika dia mengerjakan hal tersebut, maka Allah akan membukakan ilmu baginya yang akan menyibukkan dia dari yang lainnya. Sesungguhnya dalam kematian terdapat perkara yang menyibukkan.”

Antara pengajaran yang boleh diambil daripada nasihat Imam al-Syafie ialah :

1. Menghindari maksiat kerana maksiat merupakan hijab atau penghalang untuk mendapat ilmu. Hati yang dicemari dengan dosa tidak akan dapat menyimpan ilmu yang bermanfaat.

2. Meninggalkan percakapan atau aktiviti-aktiviti yang sia-sia. Sesungguhnya masa itu amat berharga bagi seorang pelajar.

3. Melakukan amalan-alaman sunat secara tersembunyi dan tidak diketahui oleh sesiapapun. Ini antara cara untuk ikhlas dalam beramal soleh.

4. Orang yang mendapat bimbingan Allah sentiasa menghabiskan masanya dengan ilmu dan amalan yang berfaedah untuk dunia atau akhiratnya.

5. Orang yang berilmu juga hendaklah selalu mengingati mati kerana mati itu akan menyibukkan seseorang itu dengan perkara yang bermanfaat untuk kehidupannya selepas mati.

Azhan: Sebut sahaja kisah peradaban Islam zaman silam, pasti ramai yang merinduinya, kehebatan kerajaan khilafah yang pernah menguasai sepertiga dunia, suatu masa lampau. Apakah tips dan resipi kejayaan zaman itu? Segalanya perlu bermula dengan kehebatan dan keagungan ilmu pengetahuan. Turunnya wahyu pertama kepada baginda nabi, sudah menjelaskan betapa pentingnya menuntut ilmu.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

BAHASA ALAM

Kehijauan adalah bahasa alam, yang minta diabadikan, Tuhan Maha Pencipta, dan manusia kerdil didalam-Nya Dialah yang melukiskan mendung dan warna, Kita manusia lemas tertegun dalam sinarnya.... 

FORUM REMAJA PERINGKAT KEBANGSAAN 2011

Penakit pisau seraut, Ambil galah batang lintabung, Seludang jadikan nyiru, Setitik jadikan laut, Sekepal jadikan gunung, Alam terbentang jadikan guru. Serangkap pantun yang begitu indah & tak sempat aku lontarkan sewaktu diarena spontan forum kebangsaan disebabkan tak cukup masa. Gambar ini hanya tinggal kenangan..disaat kami telah tiba dipuncak destisasi.Alhamdulillah setelah penat lelah kami berusaha, setelah setiap pagi kami luangkan MASA untuk latihan akhirnya kami berjaya sampai ketahap ini.Sesungguhnya kami tidak pernah kalah tetapi Allah menangguhkan kejayaan kami untuk kejayaan yang lebih gemilang.. Perjalanan kami untuk tiba ke peringkat kebangsaan sebanarnya mempunyai banyak liku.. Aku teringat kembali disaat tibanya waktu kami berangkat dari SMKA Nibong Tebal ke Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur sudah berapa kali kami sesat, tambahan pula pemandu kami adalah cikgu Mat yang sudah separuh umur dan seringkali keletihan(disebelah kiri gambar

SMKANT...

begitu aku rindukan tarbiah yang diberikan olh ustaz Dzulfakor, tak lupa ustaz Bukhari, dan yang paling aku rindukan kisah dan tarbiah dari ustazah Habibah... mereka adalah insan yang telah menempuh pelbagai dugaan hidup.. dan terlalu banyak pengalaman yang telah mereka peroleh.... memang banyak benda sebenarnya yg aku blajar di SMKA... betapa beruntungnya jika aku masih dapat merasakan suasana itu lg.. agar aku sntiasa disedarkan dan diingatkan.... ='(