Skip to main content

AIR ITU MENGALIRNYA KEBAWAH

manusia itu selalu berdepan dengan 2 keadaan.. perama ketika saat keyakinan tentang seutu hal yang dilakukan itu begitu meresap dlm fikiran dan jiwa.. maka keteguhannya sukar dipatahkan walau dengan hujah yang paling muhasabah sekalipun.. misal yang paling mudah seperti tukang membuat roti..dia sangat yakin dgn formula yang dilakukannya itu paling tepat.. hingga bila ada yang memberi cadangan diluar kebiasan sangat susah utk dia terima.. ketika itu akal warasnya tidak berfungsi dengan baik.. tidak mahu menerima pembaharuan

situasi yang kedua.. bila saat keyakinannya dipatahkan.. sampai dia mula merasa goyah.. kerana sering berhadapan dgn situasi yang tidak menyebelahi dirinya.. maka dia mula berfikir betapa bodohnya aku ketika itu.. lalu dia bermuhasabah.. dan ketika itulah kewarasannya kembali berfungsi...

seperti pelaku dosa.. saat dia berbuat dosa.. hatinya menjadi mati. tidak mampu mencerna rasa sensitif tehadap kesalahan tersebut.. malah dia senang dan bergembira melakukannya.. datanglah nasihat seperti apa pun.. maka semuanya dilihat buruk, x bertamadun dan sebagainya.. tapi saat hidayah sudah menyapa dalam hati.. saat itu jualah otak dan hatinya mula berfungsi.. menyalahkan diri.. kenapa dulu aku sedemikian jahil..kenapa dulu aku sedemikian bodoh mengikut kata hati iblis.. seolah melihat tayangan diri sendiri yang berputar dalam benak fikiran..

sebegitulah kita.. semoga apa yang selalu mendorong kita didasari dengan iman.. selalu mengaktifkan kewarasan diri.. ego yang menggunung tinggi hanya akan merendahkan kita dihadapan Allah.. tp dengan kerendahan hati itulah meninggikan darjat seorang hamba di sisi Allah.. maka merendahlah

ada suatu kata pujangga... air itu sifatnya mengalir kebawah.. jika kamu ingin menakungnya, maka kamu harus merendahka tadahanmu.. maka kamu akan memperoleh takungan yang banyak...


Comments

Popular posts from this blog

FORUM REMAJA PERINGKAT KEBANGSAAN 2011

Penakit pisau seraut, Ambil galah batang lintabung, Seludang jadikan nyiru, Setitik jadikan laut, Sekepal jadikan gunung, Alam terbentang jadikan guru. Serangkap pantun yang begitu indah & tak sempat aku lontarkan sewaktu diarena spontan forum kebangsaan disebabkan tak cukup masa. Gambar ini hanya tinggal kenangan..disaat kami telah tiba dipuncak destisasi.Alhamdulillah setelah penat lelah kami berusaha, setelah setiap pagi kami luangkan MASA untuk latihan akhirnya kami berjaya sampai ketahap ini.Sesungguhnya kami tidak pernah kalah tetapi Allah menangguhkan kejayaan kami untuk kejayaan yang lebih gemilang.. Perjalanan kami untuk tiba ke peringkat kebangsaan sebanarnya mempunyai banyak liku.. Aku teringat kembali disaat tibanya waktu kami berangkat dari SMKA Nibong Tebal ke Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur sudah berapa kali kami sesat, tambahan pula pemandu kami adalah cikgu Mat yang sudah separuh umur dan seringkali keletihan(disebelah kiri gambar...

BAHASA ALAM

Kehijauan adalah bahasa alam, yang minta diabadikan, Tuhan Maha Pencipta, dan manusia kerdil didalam-Nya Dialah yang melukiskan mendung dan warna, Kita manusia lemas tertegun dalam sinarnya.... 

NASIHAT IMAN AL-SYAFIE

Barangsiapa ingin agar Allah membukakan hatinya atau meneranginya, maka dia harus meninggalkan pembicaraan yang tidak bermanfaat , meninggalkan dosa-dosa, menghindari perbuatan-perbuatan maksiat dan menyembunyikan amalan yang dikerjakan antara dia dan Allah. Jika dia mengerjakan hal tersebut, maka Allah akan membukakan ilmu baginya yang akan menyibukkan dia dari yang lainnya. Sesungguhnya dalam kematian terdapat perkara yang menyibukkan.” Antara pengajaran yang boleh diambil daripada nasihat Imam al-Syafie ialah : 1. Menghindari maksiat kerana maksiat merupakan hijab atau penghalang untuk mendapat ilmu. Hati yang dicemari dengan dosa tidak akan dapat menyimpan ilmu yang bermanfaat. 2. Meninggalkan percakapan atau aktiviti-aktiviti yang sia-sia. Sesungguhnya masa itu amat berharga bagi seorang pelajar. 3. Melakukan amalan-alaman sunat secara tersembunyi dan tidak diketahui oleh sesiapapun. Ini antara cara untuk ikhlas dalam beramal soleh. ...